Bahasa: EN | δΈ­ζ–‡ | BM |

ABOUT US

Tanifuji Ranch x Awagyu

Membawa Wagyu Jepun yang Berkualiti ke Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 1960 di Tokushima, Jepun, Tanifuji Ranch mempunyai lebih 60 tahun pengalaman dalam penternakan lembu Wagyu. Ladang ini terletak di sekitar gunung Azan dan menerima manfaat daripada air panas yang semula jadi, menghasilkan Wagyu yang berkualiti tinggi dengan tekstur halus dan lemak marmar. Hanya daging yang mematuhi piawaian ketat akan dianugerahkan pensijilan (Waichi).
Awagyu

Membawa Wagyu yang Kualiti Terbaik ke Malaysia

Awagyu berbangga bekerjasama dengan Tanifuji Ranch untuk mengedarkan Wagyu A5 asli Waichi secara eksklusif di Malaysia. Kerjasama dengan Waichi memastikan pelanggan kami menerima Wagyu Jepun yang berkualiti tinggi.

Kami menawarkan Wagyu Gred A5 (BMS 8-12), terkenal dengan tekstur lembut dan marmar yang sempurna. Lembu Wagyu asli kami adalah 100% baka hitam Jepun yang menjamin pengalaman lebur dalam mulut. Semua anak lembu Wagyu kami disahkan oleh MPJA, memastikan setiap pelanggan menikmati daging dengan selamat. Waichi juga memenangi banyak anugerah, termasuk anugerah di Konvensyen Penyelidikan Daging Kyushu-Shikoku ke-35 pada tahun 2021.
Restoran Awagyu

Destinasi Utama untuk Masakan Jepun

Restoran Awagyu ditubuhkan pada November 2019, menawarkan masakan Jepun asli seperti Yakiniku, Shabu-Shabu dan Sukiyaki. Kami berdedikasi untuk menawarkan Wagyu A5 yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

Sebagai restoran pertama di Malaysia yang menyajikan semua bahagian lembu Awagyu, kami memperkenalkan pelbagai tekstur dan rasa daging Wagyu. Semua makanan disediakan dengan teliti oleh tukang masak kami yang berpengalaman. Nikmati hidangan eksklusif teppanyaki kami yang menggunakan Wagyu A5 dan makanan laut bermusim yang diimport dari Jepun untuk pengalaman makan yang unik.

Ahli Pasukan

Ahli pasukan terdiri daripasa kira-kira 15 orang yang berkongsi ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan pengalaman makan pelanggan.

Goh San

En. Goh adalah seorang peniaga eksport kenderaan sebelum membuka restoran Awagyu. Beliau juga telah memiliki restoran Thai yang terkenal, iaitu Carabao, sejak tahun 2002.

En. Goh mempunyai visi untuk membawa cara makan Wagyu yang berkualiti dan sihat terus dari ladang ke pengguna di Malaysia. Beliau berjaya mendapatkan lesen untuk mengimport Wagyu dari Tokushima dan Kumamoto di Jepun.

Seperti Wagyu, En. Goh juga berusaha untuk membawa lebih banyak hasil laut yang berkualiti tinggi dari Jepun, menyediakan makanan laut yang terbaik untuk pelanggan.

En. Goh percaya bahawa tiada apa yang mustahil, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lihat pencapaian beliau!

Contact Us Now
Tsukuru Taman Abad
Awagyu Komtar JBCC
Awagyu IOI City Mall (Putrajaya)
Awagyu Taman Daya
Awagyu Taman Abad (HQ)